2thn yang lalu sy berkenalan dengan lelaki A,kami terlanjur. Dia ajak kahwin tapi saya tolak sebab dia hanya berniaga di uptown. Saya malu nak kenalkan dia pada family sebab adikberadik sy semua bergaji besar.
Ditakdirkan saya hamil (family tak tahu), dan hadir lelaki B,kerja mekanik kereta,gaji rm900. Dia boleh terima keadaan diri saya. Akibat stress,tidak jaga makan/tidur dan selalu pergi site (panjat sana sini). Kandungan tu gugur. Dia la yang paling sedih masa tu.
Dengan lelaki B, sy selalu tinggikan suara, marah dia depan orang ramai dan tak pernah mengaku salah jika sy buat salah. Mungkin sebab dia muda dari sy,sy selalu rasa dia tak betul. 2 tahun kenal,dia tak pernah marah saya. Saya je selalu tengking dia.
Dia selalu ada masa sy susah. Setakat nak beli barang dapur,potong rumput di laman, baiki paip,servis kereta, isi angin tayar sehingga la isi minyak semua dia uruskan. Kalau sy kena outstation ke luar daerah pun dia akan offer diri utk jd driver.Setiap bulan dia akan hulur duit rm50, katanya dia nak biasakan diri utk bagi sy nafkah. Katanya hanya itu sahaja yang dia mampu, dan dia akan usaha lebih lagi untuk mewahkan saya.
Kalau keluar dating,memang dia hanya mampu bawak sy ke kedai mamak atau makan burger tepi jalan je. Kalau nak rasa makan di kenny,secret or restaurant memang saya la yang kena bayar.
Dia ada ajak saya berkahwin, sy mmg suka perangai dan sifat sabar dia, masalahnya sy tak dpt terima pekerjaan dan gaji dia. Saya selalu hina dia pasal kerja, gaji dan harta. Saya pernah tuduh dia saja nak berkahwin dengan saya disebabkan saya ada kereta dan rumah sendiri. Dia hanya ada motor lama ayah dia je.
Apa perlu sy buat..Boleh ke kahwin dengan lelaki yang mcm tu? Sy taknak jadi mcm orang lain, before kahwin boleh beli itu ini,melancong sana sini, tapi lepas kahwin kena bantu suami, kena hidup susah, nak shopping pun kena bersukat duit. Dan lagi satu sy bayangkan, kalau kami kahwin nanti mesti org nampak macam sy ni queen control sbb semua benda saya yang bagi arahan.