Aku tiada sesiapa kat dunia ni tempat untuk mengadu..aku ada
suami tapi mana mungkin aku mampu mengadu pada dia tentang ibu atau keluarga
dia...sudah tentu suami akan berkecil hati...aku tak akan sebut siapa nama aku,
nama suami aku, nama sesiapa pun di sini supaya tiada orang yang akan kenal
siapa kami dan supaya aib masa terjaga...aku tiada niat untuk mengaibkan
sesiapa cuma aku perlu tempat untuk meluahkan segala benda yang ada di dalam
hati aku.
Aku bersyukur mendapat suami yang baik..cuma kadangkala aku
jadi letih disebabkan kebaikan dia terutama pada keluarga dia..bukan aku tak
suka pada keluarga suami..dulu aku suka sangat-sangat bila balik rumah ibu bapa
suami..tapi makin lama aku kenal mereka, makin aku banyak makan hati.......aku
mulakan dengan ibu mertuaku...
Ibu mertua ku seroang yang sangat peramah dan sangat
prihatin orangnya..ada saja cerita kalau kami balik atau dia datang ke rumah
aku...memang tak kering gusi kalau layan ibu mertua berceloteh...tapi makin
lama makin aku rasa sangat annoying..apa yang aku perasan ibu mertua suka
menokok tambah cerita...benda yang dia tak pasti pun dia bercerita pada
orang...bukan sekali dua tapi dah terlalu banyak kali..sampai ayah mertua aku
sendiri pernah tegur sikap ibu mertua...kalau dia dengar cerita A, bila dia
cerita kat orang jadi B..dah lari dari cerita asal...
Kalau memuji tentang anak-anak sendiri atau sedara mara
memang tip top...kadang-kadang dah jadi masuk bakul angkat sendiri..katanya
anak-anak dia tak macam anak-anak orang lain...masa zaman belajar tak pernah
mintak duit..yelah tak mintak duit sungguh..macam aku tak tau...aku bercinta
dengan anak dia bukan setahun dua...sejak tahun pertama masuk universiti..aku
tau lah mintak duit ke tak..tak kisahlah nak bercerita tentang anak-anak pada orang
lain tapi sampai dah terlalu memuji melampau batas rasanya dah jadi hukum riak
dan takabur...
Yang aku kecik hati sangat-sangat sampai ke hari ni dia suka
banding-bandingkan fizikal cucu dia..aku baru lagi dapat anak..sejak hari
pertama anak aku keluar sampai la sekarang dia asyik ulang "anak aku putih
jugak tapi tak lah seputih cucu sorang lagi (anak adik ipar aku)". ko
bayangkan kalau dah tiap-tiap hari sape tak terbakar hati orang kata macam tu
kat anak ko..mula-mula aku buat tak tau je tapi dah satu hari lebih sepuluh
kali aku rasa macam nak hantuk kepala bila dengar dia compare mcm tu..cuba ko
bayangkan kalau lah anak aku faham kecik tak hati dia? aku pun tak faham
sebenarnya dia nak putih mana lagi? anak aku tu kalau bawak pergi mana-mana
semua orang cakap "putihnya dia..anak korea ke anak cina ni?" tak
putih lagi ke kalau orang luar dah cakap macam tu...
Memang cucu dia yang sorang lagi tu putih melepak..tapi aku
tengok dah besar ni makin kusam je putih tu...tapi aku tak komen apa-apa lah
sebab aku ni jenis jaga hati orang kalau nak cakap apa-apa...apatah lagi nak
komen tentang fizikal orang lain...itu semua ciptaan Allah..bila ibu mertua aku
asyik compare macam tu dah jadi macam komlen kejadian Allah plak..
Bukan setakat kulit..bulu mata pun jadi
perbandingan..."bulu mata anak aku panjang jugak tapi taklah sepanjang dan
lentik macam cucu sorang lagi". kalau aku beli apa-apa untuk baby aku kan,
mesti dia akan cakap...cucu sorang lagi pun ada jugak benda macam ni...aku beli
katil untuk baby aku, dia kata macam katil cucu kesayangan..lepas tu siap puji
anak dia beli baju untuk cucu kesayangan dia baju mahal-mahal..alahai..baju tu
jenis gown cantik lah jugak tapi harga takde lah mahal mana..dalam 30-40
sehelai je..aku beli baju 80-100 sehelai untuk anak aku takde nak cakap kat
orang pun..diam sudah lah..buat apa nak kecoh-kecoh bagitau semua kat orang...
Tak tahan aku bila setiap benda dia nak kaitkan dengan cucu
kesayangan dia tu..stress giler babi aku dibuatnya..suami aku plak senyap je
bila mak dia compare-compare macam tu..sebenarnya dia pernah mengeluh jugak
depan aku..tapi setakat tu jelah dia mampu buat..nak tegur mak sendiri tak
berani takut jadi dosa..
Aku rasa suami aku perlu tegur sikap ibu mertua aku
tu...tegur dengan cara berhemahlah..sebab apa? aku takut nanti perasaan riak
dan bangga diri makin menajdi-jadi...nanti anak aku dah besar dia
compare-compare kecik hati anak aku..
Lagi satu sikap ibu mertua yang aku tak berapa
berkenan...dia pung pang pung pang cakap hukum layan suami segala bagai..tapi
aku tengok dia layan ayah mertua aku tak semengah mana pun...masak-masak,
hidang lepas tu dia gi tengok tv...takde nak makan sekali, duduk
sembang-sembang...kalau malam lansung dia tak peduli makan minum ayah mertua
aku..katanya semua dah ada kat dapur..pandai-pandai lah ayah mertua amik
sendiri...ish..ish...aku walaupun usia perkahwinan masih setahun jagung tapi
aku tak pernah buat macam tu..setiap kali suami aku nak makan, aku mesti duduk
sekali..biarlah aku tak makan pun tapi aku mesti duduk jugak teman dia
makan...even kalau kat rumah ada majlis apa sekalipun, kenduri kawin ke, solat
hajat ke, majlis kesyukuran ke..memang kami suami isteri makan sekali...biarlah
orang nak meluat pun tapi itulah sebenarnya kunci kebahagiaan rumahtangga setiap
pasangan suami isteri...
ADS HERE !!!