
Assalamualaikum semua..
Saya nak tanya pendapat dan mungkin ada antara rakan halaqah yang boleh beri
saya panduan sebab saya dah letih sebenarnya dengan 'tabiat' suami saya
ni..
Dipendekkan cerita saya telah mendapat beberapa 'petunjuk' melalui phone suami
sejak mula berkahwin dulu yang memberi gambaran bahawa suami saya seorang
lelaki yang meminati kaum sejenisnya.
Saya pernah bertanya suami tetapi dia tak mengaku dan beri macam-macam alasan.
Malah, saya pula dimarahi suami kerana menyelongkar phone suami.
Sehingga luahan perasaan saya ini ditaip dlm forum halaqah ini..sebentar tadi
saya mengintai suami yang sedang kusyuk melihat gambar sesuatu dalam phone
dia..dalam keadaan yang antara nampak dan tidak..samar-samar..saya seperti
melihat gambar lelaki separuh bogel.
Umur suami saya sekarang sudah menginjak ke 42 tahun...sedihnya jika dia masih
dalam alam begitu. Saya selalu berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada suami
seterusnya mengubah suami menjadi normal.
Untuk pengetahuan, suami saya jika dilihat orang luar dia memang seorang yang
baik..ramah..manis mulut..rajin ke surau..rajin melibatkan diri dengan aktiviti
masyarakat, tidak tinggal solat dan solat juga di awal waktu malah rajin
berpuasa sunat.
Tapi hanya saya..saya yang menjadi isterinya saja yang tahu dia bagaimana. Saya
sayangkan suami..masih boleh menerimanya untuk terus hidup bersama sehingga
akhir hayat dan mudah-mudahan ke Jannah jika diizinkan Allah.
Tapi saya sedih dan kecewa dia tetap dengan nafsu ke arah itu. Kurang
memberikan nafkah batin kepada saya. Saya ada merujuk hal ini ke pejabat agama
tetapi disarankan saya meminta fasakh. Tetapi bila pulang..melihat anak-anak
dan merenung semula nasib saya jika membesarkan mereka bersendirian, saya tidak
jadi menuntut fasakh.
Apakah yang perlu saya lakukan...adakah lagi isteri diluar sana yang senasib
dengan saya? memilih untuk bersama suami walaupun menderita batin dengan niat
mahu membimbing dan mengubah suami..
إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ
وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا
وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا
“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, karena prasangka
buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita
kejelekan orang lain, saling mengintai-ngintai, saling mendengki, saling
membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang
bersaudara.”
Bagi pendapat saya secara peribadi,yang hanya membaca dari tulisan puan.saya
agak puan hanya curiga / sangsi /syak tanpa sebarang bukti atau saksi yang
boleh menguatkan lagi dakwaan puan.andai benar sangkaan puan,mungkin suami puan
meminati atau nalurinya suka kepada kaum sejenis tetapi tidaklah sampai kepada
melakukan hubungan sejenis.mungkin juga suami puan sendiri sedang cuba dan
berusaha untuk mengawal diri, nyatanyanpuan dah lama berkahwin dan sudah punyai
zuriat.
Banyakkan beristigfar dan cuba kawal perasaan dan hati dari mencurigai atau
berperangsaka begitu pada suami, bila ada lintasan yg negatif, beristigfar dan
berdoalah di dalam hati dengan doa2 yang baik untuk suami dan keluarga.
Bayangkanlah jika telahan saudari silap...agak2 apa perasaan suami? Dan andainya
sangkaan puan betul, tetapi suami puan sedang berusaha merawat diri dengan
kerap berjemaah di masjid,sembahyang di awal waktu,berpuasa dan sebagainya
untuk mengubat nuraninya..sedangkan puan menekan dan mendesaknya dengan perkara
sebegitu..agak2 adakah puan dapat keluar dari konflik atau tidak? Cuba letakkan
diri puan ditempat suami puan berada sekarang dan memiliki pasangan seperti
puan sekarang..cuba,cuba dan teruskan berdoa.apapun hakikatnya, hanya kepada
Allah tempat kita bergantung dan mengharap....bukankah, DIA jugalah pencipta
cinta yang menghadirkan perasaan sayang dan kasih sesama insan..
Mungkin juga puan tak selesa dengan pandangan saya, cuma sebagaimana yang saya
nyatakan,ini hanyalah sekadar pandangan hamba yang masih cetek dalam ujian hidup.bagi
saya, kebanyakan prasangka itu adalah doa..jadi elakkan berprasangka buruk
walau kepada siapa pun,tak kiralah siapa pun dia.sebolehnya duduk berbincang
dalam suasana yang tenang,jangan terus dihujani dengan soalan2 yang boleh
dianggap seperti peluru yang menembak sasaran.berbicara dari hati ke hati..dan
bila suami dah menafikan, cubalah untuk menerimanya dan berdoa agar apa yang
dikata itu benar dan berdoa semoga hati ini tenang dan dijauhkan dr prasangka.
Apapun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, lain padang lain
belalang, sekali pasir bah sekali pasirnya pun berubah...papepun manusia boleh
berubah dan sama-samalah kita berdoa moga perubahan itu adalah kearah yang
lebih baik.
Hidup di dunia ni ibarat satu persinggahan...hidup berumah tangga merupakan
suatu perjalanan yang memerlukan komitment semua pihak untuk sama2 melaksanakan
amanah dan tuntutan hidup selari dengan tuntutan agama...untuk beribadah kepada
NYA.
Maaf andai ada pandangan yang tak menyenagkan.
ADS HERE !!!